Wednesday, 30 September 2009

jangan la ganggu

kisah 1 :

bendera oh bendera..time2 pilihanraya ni memang banyak bendera dorang pasang kat merata tempat..macam2 parti politik ada..berkibar nan megah d angkasa..tak salah pun nak pasang..tapi..perlu ke pasang kat entrance rumah aku?pasang tinggi2 tu tak apa juga..ni serendah-rendah alam..aku n Baby K aku nak cross jalan pun susah..especially time angin bertiup..terkibar2 bendera tu..dah la kereta on e road banyak..menyukarkan penglihatan aku nak bawa Baby K lintas..kebarangkalian untuk accident sangat la tinggi..lain kali guna la otak kalau nak pasang bendera tu..jangan nak dapat duit je semata2..fikir juga pasal keselamatan orang lain..

kisah 2 :

yang ni berkisar tentang lagu yang berkumandang..tak kisah la nak pasang lagu apa sekalipun..termasuk la ceramah2 politik yang memang aku malas nk dengar..tapi..ha..ada tapi lagi ni ok..tolong la jangan pasang awal2 pagi..terganggu tau tak..sepatutnya pagi2 buta orang nak ketenangan..bukan bunyi bising..ni tak..pagi2 dah bingit gegendang otak aku ni dengan lagu2 politik ni..


fikir2kan la.. ketukmeje

Tuesday, 29 September 2009

mari membuka rumah (part 2)

ramai sungguh orang yang datang majlis ni..

kata start pukul 3.30pm..tapi pukul 3pm makanan dah habis..

makanan tak penting..apa yang penting ialah..berjumpa dengan para pemimpin negara.. kenyit







sembang tengahari

tengahari buta n panas terik pun ada orang ajak bersembang..

berpeluh pun tak apa asalkan dapat jumpa menteri..huhu..







water stone mix (WSM = ABC)

tadi aku ikut parents aku pergi berbuka puasa kat Coconut Groove (Regency Hotel)..hari ni seharian aku makan kat luar sebab mak n bapa aku busy dengan pelbagai aktiviti..sebagai anak yang tidak mendesak..aku dengan rela hati makan kat kedai..huhu..


sebelum Ramadhan aku rasa ABC ni sedap sangat..tapi kenapa selepas Ramadhan rasa dia macam kureeeeng je..

ni memang sedap..nasib baik ni aku punya order..

mihun a.k.a mee dawai..

aku buat chicken chop sendiri lagi sedap daripada ni kot..huh..


lepas makan sambung balik kerja2 kat bilik gerakan..fuh..penat memang tak boleh cakap la..nak je aku stay kat rumah..tapi d sebabkan sebelah rumah aku ni markas PAS n dorang tengah rancak buat ceramah..terpaksa la aku gagahkan diri pergi bilik gerakan..kalau stay kat rumah pun bukan boleh rest..bunyi bising dari speaker ceramah tu..boleh bergegar otak..hehe..

Monday, 28 September 2009

bertugas

aku start bertugas jaga billik gerakan hari ni..sepatutnya start 3hb..ni tiba2 je kena start hari ni..dah la aku orang 1st kena bertugas mewakili Pu3..hampeh betul..aku juga yang kena dulu..shift aku dari pukul 8am until 3pm..tapi jangan harap la aku nak datang awal2 kan..pukul 11am baru aku pergi situ..

before that settle kan dulu hal yang lebih penting..hantar baju untuk dry cleaning, bayar bill convo n etc..

oh ya..kepada anda yang mempunyai masa terluang esok pukul 3.30pm..sila lah datang ke COMMOND CENTRE TELUK KEMANG ye..ada rumah terbuka Aidilfitri bersama PM..dekat je dengan rumah aku..1 min dah sampai kalau naik kereta..tapi kalau jalan kaki tu berpeluh juga la ketiak korang tu..ngeh2..dah pakai glamour2 tak kan nak jalan kaki kot?dorang provide shuttle bus untuk ke situ..so tak perlu nak susah2 jalan kaki..kalau naik kereta memang sah2 la tak ada parking..jalan sempit sebab construction banyak..lepas tu mesti jam teruk..baik guna kemudahan yang d sediakan..

berbalik kepada tugasan aku..aku kena tolong orang2 yang datang nak check nama dorang..tengok nama dorang ada tak dalam list untuk pergi mengundi..




pS : khamis ni dah start kerja..kena la tukar shift jaga bilik gerakan ni..jangan kena bertugas waktu malam sudah..hantu banyak..takut aku..huhu..

Sunday, 27 September 2009

hebat tu

anda kenal wanita ini?

mustahil la kan kalau tak ada yang kenal wanita yang boleh bergelar moyang ni..kalau tak kenal tu memang sah2 la tak tengok berita n tak baca paper..kepada yang tak kenal tu..nama penuh wanita ini ialah WOOK KUNDUR..

kenapa aku begitu berminat nak tulis entri berkenaan wanita ini?

e reason is that..aku macam agak kagum dengan beliau.. sembah

bayangkan..sepanjang usia beliau selama 106 tahun ni..beliau pernah memiliki 22 orang suami..macam mana ye beliau boleh berdepan dengan perpisahan setiap lelaki yang pernah hadir dalam hidup dia..

kental betul hati dia kan..


pS : perempuan yang pernah bermusuh dengan aku zaman sekolah kerana couple dengan lelaki yang dia minat dah nak kahwin rupanya..baguslah..

Saturday, 26 September 2009

ke cc kita

today aku bawa 3 orang students ke cyber cafe untuk mencari bahan2 kerja sekolah n assignments mereka..jadi macam tourist guide pun ada juga..

nasib baik la si penjaga cc tu aku kenal..tak ada la boring sangat menunggu..sambil2 tu meluahkan perasaan sedih n menceritakan ketidakpuasan hati sekali la..ngeh2..






sesudah berkampung d cc..bergerak pula ke pantai..

orang kata tengok laut boleh dapat ketenangan n menghilangkan kesedihan..tapi aku tak rasa pula macam tu..haih..ntah la..





pS : tinggal 5 hari lagi untuk memulakan pekerjaan..

Z??

Z-connect..

Z tu apa?zack(azura)?zakiah?ke zombi kampung pisang?

vodo punya si Z virus..sebab kau la aku TER menangis sebab teringat kat orang yang selalu tolong solve problem laptop aku..

nasib baik la ada si penyelamat keadaan..

terima kasih ye awak.. =p

Wednesday, 23 September 2009

leceh betul la

kenapa la kena buat KAJIAN PENGESANAN GRADUAN ni..

menyusahkan aku betul la..bukan sebab aku malas nak isi borang daripada kementerian ni..tapi sebab bila aku dah isi..asyik kuar -

"SILA MASUKKAN MAKLUMAT2 BERIKUT : PILIH DAERAH"

ni la problem yang selalu aku alami kalau isi borang secara online..

berapa banyak daerah dia nak aku isi ni..dah isi borang ni berkali2 dah..tapi asyik keluar benda yang sama..tiap patah perkataan aku baca..tiap ruang kosong aku dah isi..dah check..double check..triple check..macam2 check lagi la aku buat..still lagi dia cakap benda yang sama..

haih..geram betul.. gebrakmeja


pS : malasnya nak keluar n pergi bank bayar duit convo..

raya yang suram

1st time in my life aku jatuh sakit time raya.. bonyok

hampir putus nyawa aku sebab sesak nafas time last day sahur hari tu..ingatkan macam dah nak habis nyawa dah..kul 4 pagi tu tiba2 aku rasa macam dah tak ada oksigen n hampir pengsan..luckily my mum n my aunt ada..dorang suruh aku bertenang n jangan panic..then dorang sapu tiger balm kat badan aku..pastu siap muntah2 lagi..

kul 6 pagi parents aku bawa pergi hospital..tengah sakit2 ni boleh pula doctor (muda) hospital tu buat hal..kerek semacam..sempat juga la aku sound dia..lupa pasal sakit sekejap..siapa tak benggang kalau doctor tu perangai macam VAVI..dah la tidur je tau nya..

syukur aku masih lagi boleh bernafas hingga ke hari ni..

pagi tadi pergi klinik..rupa2nya aku d serang gastrik yang teruk..gas dalam badan tak lepas keluar..akibatkan gas tu menekan perut aku sampai ke lungs..then lungs jadi sempit..tu yang buat aku tak boleh bernafas..

nak beraya pun macam tak ada mood..setakat ikut cousins aku je..tu pun aku tahan je sakit ni..makan pun kurang..tak ada selera..

sekarang ni pun still nafas tersekat2..

aku redha.. selimutan

Friday, 18 September 2009

ucapan gue kepada kalian


Syawal tiba lagi..d kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam terutama sekali kepada sekalian umat yang telah melaksanakan ibadah puasa dengan jayanya..tahniah!

minta maaf ZAHIR n BATIN aku hulurkan..kot2 la ada kata2 aku yang mengguris hati kalian..begitu juga dengan peri laku aku yang mengganggu hidup kalian..aku pun manusia biasa..tak lepas daripada membuat kesilapan..aku sedar siapa aku..huhu..

maybe cara aku berbeza dengan cara orang lain yang menyebabkan orang itu tak dapat menerima aku..mohon maaf..dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..

last but not least..

HAVE A HAPPY RAYA FRIENDS !!!!

yippie

mari membuka rumah

tiba2 rasa macam orang penting pula dapat jemputan khas ni.. minum

perasan sungguh gue...haha..

kek hari raya

red violet cake...


sedap gila ok (walaupun ada sedikit cacat..ising melekat kat kotak).. cinta

meriah hari raya anda dengan adanya kek ini..huhu.. celebrate




pS : ada lagi 3 jenis kek akan d hidangkan pada hari raya ni..tapi cukup hanya 1 yang d perkatakan..ngeh2..

Wednesday, 16 September 2009

kejap je dah nak raya

pejam celik pejam celik..tup2 dah nak raya..malam ni pula malam 7 likur..bapa aku pun bersemangat pasang pelita keliling rumah..dah ada pelita baru la mood raya datang kan..



tahun ni aku beraya kat KL lagi..rumah atuk n nenek belah bapa aku..lepas buka puasa je (malam raya) terus balik KL..macam tahun2 yang lalu..petang raya balik PD balik..sambut raya kat sini pula..

rasa macam sedih je sebab bulan Ramadhan dah nak berakhir..

sepanjang bulan yang mulia ni..macam2 pengalaman yang aku lalui..baik ada..buruk apatah lagi..

sebagai manusia biasa..kena la tabah menghadapi semua ni..insyaAllah Ramadhan yang akan datang aku akan mempertingkatkan lagi ibadah aku..


pS : after this..syaitan pun terlepas dari ikatan mereka.. evil

lega dah

last night mood agak teruk sedikit..due tu e comments that i received from someone that i care before (not now)..

today worries no more..mood sudah bertukar menjadi happy..hati bagaikan ada bunga api..ngeh2..

wanna know why?lihat d bawah.. senyumkenyit



shopping can heal my pain..

actually heels ni warna brown + black..tapi camera phone gue ngak ada flash sih (phone murah la katakan)..picture terus jadi suram je..huhu..

ada lagi 1 heels yang sama..warna red + black..memang sexy habis wa cakap lu..aku pun tergoda tengok kaki sendiri bila memakainya..tapi tak beli pun..membazir itu kan amalan syaitan..huhu..

Tuesday, 15 September 2009

emo = elmo

kenapa tiba2 nak emosi dengan aku?

salah ke apa yang aku cakap?

kalau salah sekalipun..cakap la baik2 n perbetulkan..

ni tidak..tak pasal2 nak cakap kasar2 pula..


pS : tak suka tau.. takbole

Friday, 11 September 2009

bujang senang lenang

Paling enak si mangga udang
Hei sayang d sayang
Pohonnya tinggi, pohonnya tinggi
Buahnya jarang

Palinglah enak si orang bujang
Sayang
Ke mana pergi, ke mana pergi
Tiada yang larang


pS : bujang d sini bermaksud single..tak ada bf/gf..kalau ada bf/gf belum tentu anda bebas..uhuk..

Wednesday, 9 September 2009

kek pichang

mari kita mempelbagaikan juadah berbuka pada hari ini..

introducing..banana cake..specially made by me.. =p





tak pernah2 aku makan kek pisang seumur hidup..tiba2 je hari ni aku buat..dah buat kena la makan kan?huhu..

rasa lagi enak daripada beli d kedai..mak aku cakap la..bangga sekejap..ngeh2..

Tuesday, 8 September 2009

buruk perangai

kenapa la masih ada lagi segelintir lelaki zaman sekarang ni yang layak bergelar bapa n datuk tak reti2 nak berpuasa..orang2 muda tak payah cakap la..lagi berlambak yang tak puasa..

tak malu ke mereka dengan budak2 kecil yang belum pun akil baligh boleh berpuasa penuh sebulan..

yang lebih teruk..incident ni berlaku dekat area rumah aku..kalau jalan kaki 10min je dah sampai..lokasi baik punya..tepi pantai..nak makan sambil menikmati angin laut yang sepoi2 bahasa la tu..

buruk betul perangai..cheit..


pS : habis tercemar port aku selalu mandi laut..

Monday, 7 September 2009

sesi membuat kuih raya (part 2)

hari ini kita buat biskut tarts pula ya kawan2..

buat inti daripada nenas terlebih dahulu..

uli tepung n terap shape yang anda inginkan..

tadaa..inilah hasilnya..

Sunday, 6 September 2009

sesi membuat kuih raya

hari ini kita buat biskut conflakes ya kawan2..

mula2 bancuhkan adunan..

masukkan ke dalam bekas..

kemudian bakar..

sejukkan dahulu sebelum d simpan..kalau tidak nanti cepat lemau..

simpan ke dalam container yang kedap udara untuk storage..


selesai sudah..