Saturday, 23 February 2008

cLean cLean cLean

Budaya kebersihan dalam kehidupan
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”
  • Kita hendaklah mempertingkatkan kesedaran terhadap kebersihan diri, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam sebagai cermin kemurnian ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan dalam semua bidang kehidupan.
  • Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata tempat.
  • Mempertingkatkan amalan tegur-menegur dan nasihat-menasihati sesama kita dalam hal menjaga kebersihan. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran, di samping memastikan tidak merebak penyakit berjangkit.
  • Usah mengharapkan pihak tertentu melakukannya kerana sebagai pengguna dan warganegara yang baik kita juga perlu memainkan peranan membudayakan kebersihan dalam kehidupan.

No comments: