Monday, 2 March 2009

oh keretaku

pagi tadi seperti biasa aku pergi class..dan seperti biasa juga lepas habis class aku pun pulang..apa yang tak biasa nya berlaku sewaktu aku nak balik rumah..

aku parking kereta kat area kolej..tempat tu agak sempit juga la..dah tak ada parking kan..semua tempat full..so aku pun terpaksa la park kat situ juga..

tengah aku nak reverse kereta..aku rasa macam aku dah ternaik bonggol..aku ingatkan bonggol biasa..aku pun tekan la minyak lagi..tiba2 aku dengar bunyi geseran yang kuat gila..bila aku nak gerakkan kereta..kereta aku dah tak boleh jalan..stuck kat situ..

aku pun cepat2 la kuar dari kereta n tengok ape dah jadi..rupa2nya kereta aku dah jadi jongkat-jongkit dah..tayar dah x jejak bumi..bonggol tu rupa2nya lebihan simen yang tak d ratakan..agak tinggi..then kat situ ada juga kerusi2 batu yang dah tak d gunakan lagi..

aku dah tak tau ape nak buat..nasib baik ada beberapa orang pemuda-pemudi datang n tolong selamatkan kereta aku..

diorang guna car-jack untuk naikkan kereta aku so that kereta aku boleh d gerakkan ke depan..

lebih kurang 30min gak la proses menyelamatkan kereta aku tu berlaku..





beginilah keadaan kereta ku setelah d selamatkan..





ada kesan calar d bahagian tepi n bawah kereta..bahagian yang selebihnya hancur menjadi serpihan..



kesan batu yang melekat d tayar keretaku..

kesimpulan yang dapat d buat daripada kejadiaan ini ialah..

1. jangan meletak kereta anda d tempat yang anda tidak pasti ia selamat ataupun tidak

2. pastikan keadaan selamat semasa anda sedang mengundurkan kereta

3. buat muka kesian n suara yang sedih agar anda mendapat pertolongan dengan pantas =p


2 comments:

Anonymous said...

Cm ne bleh jd cm tu plk...?
Hurm..nex time tk cre bwk kete...jgn berangan ingt si dia jek =p... huhuhu =)

iKa'Z said...

i tak berangan la..time tu nak cepat2 blk rumah..lapar... =p