Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz.
Seperti yang kita ketahui. Negara kita nie banyak tugu. Antara yang famous nya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.
Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram. Ciri-cirinya menyerupai berhala dan melawatnya juga adalah haram "
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan.
Tetapi sayang2, pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu. Setelah berbincang, Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu. Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut. Apa yang tinggal ialah fatwa sahaja. Tiada tindakan undang2 yang boleh diambil.
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik. Beliau berkata, " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu. "
Beliau berkata lagi, " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik. "
Wallahualam..
pS : aku pun pernah suatu ketika dahulu pergi ke tempat2 yang ada tugu ni..aku akan cuba elakkan daripada pergi ke tmpat2 sebegini lagi..
No comments:
Post a Comment